Meningkatkan Kesedaran Masyarakat Terhadap TVET
Memperluas pemahaman masyarakat tentang TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya yang berdaya maju, khususnya dalam bidang teknologi dan kemahiran masa hadapan.
Mengangkat TVET Sebagai Pilihan Utama Kerjaya
Memperkukuh penjenamaan TVET sebagai “Pilihan Utama Kerjaya” serta membina keyakinan pelajar, belia dan ibu bapa terhadap potensi TVET sebagai laluan kerjaya yang cemerlang.
Menyediakan Akses Maklumat TVET Secara Menyeluruh
Memberi pendedahan kepada pengunjung tentang program TVET, laluan latihan, peluang pendidikan, prospek kerjaya serta peluang TVET di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Menghubungkan Bakat TVET Dengan Industri
Mengukuhkan hubungan antara institusi TVET, agensi kerajaan dan pemain industri bagi memastikan pembangunan kemahiran negara selari dengan keperluan industri semasa dan masa hadapan.
Membuka Peluang Kerjaya dan Keusahawanan
Menyediakan platform kepada pelajar, graduan, belia dan komuniti untuk meneroka peluang pekerjaan, temuduga terbuka, bimbingan kerjaya serta peluang keusahawanan berasaskan kemahiran TVET.
Memberi Pengalaman TVET Yang Interaktif dan Berimpak
Menawarkan pengalaman menyeluruh melalui pameran, seminar, karnival kerjaya, keusahawanan, pertandingan kemahiran dan aktiviti hiburan berinformasi bagi mendekatkan TVET kepada masyarakat secara lebih menarik dan praktikal.